Puding Karamel..Wajid bulan Ramadhan...
Assalaamualaikum....
KNJ ingat tak nak tayang gambo ni...huduh bebeno....langsung tak sempat nak berhias bagai..tapi rase dia cukup sedap...terutama bila dah di sejukkan dlm peti ais....emmm..emmm!
kalau dulu ..zaman tak brapa reti nak buat kuih muih ni..KNJ sanggup bersesak-sesak pergi ka bazar Ramadan di Ampangan , seremban nun..semata-mata nak beli puding karamel gini...bila beli tu...nasib2 dapat yang sedap...kalau x bernasib...memang tak sedap langsung di tambah dengan harga yg mahal melambung untuk sekeping puding ie rm2 atau lebih untuk sejurai kecil
Alhamdulillah.. sejak ramai geng masak2 ni yang memperkenalkan resepi Puding karamel yg sedap2 ni KNJ tak perlu beli lagi lah...safe banyak budget KNJ tau ! Almaklumlah..dgn kita yang berpendapatan tak menentu ni...kenalah berbelanja dgn berhemah dan bijak kan!
Kali ni KNJ terai resepi dari Kak NOr Secubit Garam...tq..memang sedap pun...tak terlalu manis dan tak terlalu lembik... so KNJ pastekan resepinya di bawah yek utk yang nak menerai hokey! sangat2 senang..KNJ kukus aje...cuma hati2 lah bila sediakan gula hangus tu...jangan masak sampai legam..nanti semua masuk dalam tong, pait tak leh makan... :)
Salam RAmadhan Kareem !
PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)
Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.
( KNJ tutup loyang dengan aluminium foil, then kukus untuk 40 minit )
# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..