Cuti2 Kuala Selangor: Bukit Malawati



Assalamualaikum semua...


kali ni kami jalan2 Kuala Selangor pulak...dekat je dgn rumah aku kat Rawang tu...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 1


lama dah tak jejak kaki ke Bukit Malawati ni...last masa sekolah rendah dulu la...


Bukit Malawati ni dulu adalah kubu pertahanan Sultan Selangor utk memantau kapal dagang dan kapal perang yg melalui Selat Melaka dan Kuala Selangor...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 2


kita beli tiket dulu...kak Dee n family pun ada lah!! best best!! 



cuti2 kuala selangor bukit malawati 3


kami beli tiket pakej iaitu masuk ke Bukit Malawati dan Akuarium...kalau amek pakej, harga dia seperti di atas ni la, tapi kalau nak masuk Bukit Malawati saja, harga tiket utk dewasa cuma rm3 tak silap aku..tapi serius, kalau korang tak masuk akuarium tu pun tak rugi noks...bukan ada apa pun kat sana..nyammmmmpah...buat perabis duit jer....cuba la upgrade sikit...n3 akuarium tu nnt aku buat asing la ye...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 4


sebelum naik tu, kami beli pisang, kacang panjang dan kacang...nak bagi monyet makan kekdahnya...sebenarnya nak beli masa naik nnt pun boleh je...ni sbb anak2 tak sabar nak beli, so, kita beli je la kat sini...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 5


ha, kami naik trem...kalau datang waktu hujung minggu termasuk public holiday, kereta korang kena parking la, pastu kena naik trem yg disediakan...kalau dtg weekdays korang boleh je bwk naik keta korang sampai atas...






cuti2 kuala selangor bukit malawati 6


naik trem haruslah anak2 suka kan...si abang tu beriya2 pegang kacang panjang bagai, sudahnya nampak lotong monyet bagai, dia lari dulu...hahaha...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 7


tengs hubby sudi bawak kami jalan2...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 8


keriangan anak2...


si abang asyik menyakat anak kak Dee si Mimi tu...haha...sian Mimi, ampunkan anak auntie ye Mimi, dia mmg gitu...kat rumah pun, habis adik dia kena sakat, kena buli..



cuti2 kuala selangor bukit malawati 9


mat saleh satu family ni steady je jalan kaki naik turun bukit, kita org Malaysia ni naik trem....tak nak exercise langsung!! eh, aku lah yg malas tu...hahaha...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 10


antara pemandangan sepanjang menaiki trem...tenang dan mendamaikan...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 11


yeayyyyy!! dah sampaiii!! baru nak amek gambar meriam, ko tau siapa dtg sergah kami?



cuti2 kuala selangor bukit malawati 12


ni lah...monyet bukan main banyak lagi kat Bukit Malawati ni...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 13


lotong pun banyak...ko tgk la, aku bwk sebungkus pisang ngan kacang panjang, lotong tu terus rembat dari tangan aku nok....tanjat mak jemah...hahaha...






cuti2 kuala selangor bukit malawati 14


tapi lotong2 ni mesra sebenarnya dgn pengunjung, cuma dia akan jadi terlebih aktif kalau dia nampak korang bwk beg plastik berisi makanan...terus dia terkam...


tapi hubby ok je layan lotong2 ni...mesra pulak dia...aku tak lah kot nak usap2 dorang rupa gitu...eiiii, scary noksss...






cuti2 kuala selangor bukit malawati 15


lepak sambil garu kaki sambil tunggu mangsa yg bwk makanan...muahahaha...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 16


kali ni hubby beli makanan lain lagi...sbb tadi beg plastik yg aku pegang kan dah kena rembat, so hubby beli lain la...terus berdesup lotong2 ni panjat hubby...






cuti2 kuala selangor bukit malawati 17


laki aku ni dah mcm keje kat zoo sepuluh tahun gaya dia...kahkah...bukan main steady lagi dia...mcm kawan2 dia je dia buat...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 18


ada yg tanya, lotong ni tak cakar ke? dia tak cakar tapi masa dia naik bahu hubby, dia cengkam bahu, tu yg ada mcm kesan cakar sikit...tapi dia bukan sengaja nak mencakar..



cuti2 kuala selangor bukit malawati 19


anei yg jual makanan monyet ni siap ajar lotong ni kiss jari bagai......pastu beriya anei ni suruh aku amek gambar...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 20


steady la lu beb!!



cuti2 kuala selangor bukit malawati 21


jemput makan...tambah nasik tambah nasik..



cuti2 kuala selangor bukit malawati 22


dah habis semua makanan, lotong2 tu dah tak serbu hubby dah...dia carik org lain pulak...so, kami dgn tenteram dpt bergambar kat meriam ni...


eh mana kak dee n family?? dia dah cabut lari dah nok...kahkah...lawak okeh...


teringat ada satu family tu bwk jajan, lotong rembat jajan tu, kak dee yg jerit dulu okeh...pas tu aku tgk kak dee dah takde, rupanya dia cabut lari dah.....patutnya aku amek gambar kak dee mencicit berlari tu...ekekek...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 23


Kuala Selangor bandar bersejarah lagi mendamaikan...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 24


cantik tempat ni sambil menikmati keindahan Selat Melaka...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 25


setiap meriam ada ceritanya tersendiri...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 26


ni pulak BaitulHilal...di sini lah tempat melihat anak bulan noks...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 27


rumah api yg masih berfungsi...rumah api ni dibina pada tahun 1907 dan diberi nama Rumah Api Altingsburg sempena nama seorang gabenor Melaka...



cuti2 kuala selangor bukit malawati 28


anak2 suka dpt tengok rumah api depan mata sendiri...


rumah api ni dulu dibina utk memudahkan nakhoda kapal belayar dan mendarat dgn selamat...dilengkapi dgn sistem lampu dan cahaya api, rumah api jugak membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara...tapi sekarang ni sistem pelayaran disokong sistem satelit di angkasa lepas...














tips: kalau korang nak datang Bukit Malawati ni jgn takut lah dgn monyet dan lotong2 ni semua, dorang ok je sebenarnya...cuma kalau tak nak lotong atau monyet2 tu dekat ngan korang, jgn bwk apa2 beg/plastik berisi makanan, kalau tak, mmg dia akan aim korang dulu la...ekekek...