Resepi Nasi Goreng Ikan Masin




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 




Siapa yang tak suka nasi goreng? Dalam hidup ni bermacam-macam nasi goreng yang boleh dihasilkan. Masuk saja apa yang ada di dapur, lauk, sayur...yang pasti itu semua akan menambahkan rasanya. Saya boleh tahan suka jugak. Kalau nak bawa ke sekolah, nasi goreng adalah pilihan yang tepat. Di samping ianya satu pilihan lengkap, kalau nak dimakan sejuk pun tak mengapa. Berbanding nasi, lauk dan sayur tentunya nasi goreng lebih mudah disediakan. Bekas pun tak perlu banyak :)

Salah satu menu yang selalu juga saya buat adalah nasi goreng ikan masin. Pasti ada yang dah terbau semerbak ikan masin yang digoreng. Dari jauh dah menusuk ke hidung. Kalau siapa yang tak tahan tu mesti terbersin... Nak menyediakan nasi goreng ikan masin ni pun ada pelbagai cara dan bahan. Saya hanya gunakan apa yang ada. Selalunya nasi goreng ni sayurnya sama ada kailan atau kangkung, kalau guna sayur lain macam tak masuk aje. Setuju tak?


resepi nasi goreng ikan masin 1


Jadi kalau siapa yang tak ada idea nak buat nasi goreng ni bolehlah rujuk resepi yang dah saya salin di bawah ini ya. Semoga memberi manfaat.



RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN


Resepi : Cheq Sue




Bahan-bahan :


2 ulas bawang putih - ketuk


1 biji cili hijau - ketuk


1 biji lada solok - hiris


2 sudu besar ikan masin - ketuk dan cincang


2 cawan nasi


1 sudu besar sos ikan


10 batang kangkung - hiris


Sedikit kicap manis


Minyak untuk menumis






Cara-cara membuatnya :


Panaskan minyak, tumis bawang putih, lada solok dan cili hijau. Bila sudah agak garing masukkan ikan masin.


Goreng seketika sebelum masukkan kangkung, sos ikan dan kicap manis


Setelah kangkung agak layu, masukkan pula nasi dan kacau hingga rata.


Setelah masak sekata, bolehlah diangkat.